Tuesday 24 May 2011

Tembel bersama !

Lepak kat Restoran Ali Maju hari ini hanya kerana hendak jumpa muka kawan lama semasa disekolah...

Saya bersama Shahizam Ramli lepak sambil bawak laptop & kamera photoshooter hanya utk berlagak kononnya kami adalah businessman yg berwibawa..Diatas meja pula,sengaja kami longgokkan Blackberry kami utk ditayangkan kepada mamak yg bekerja di restoran itu..

Dengan gaya seperti orang kaya,saya & Shahizam Ramli berborak pasal bisnes bernilai RM12 juta dengan selamba & tnpa segan silu,walaupun kami pun tidak bekerja...haha3

Apabila hendak berambus dari melihat muka mamak yg bekerja di restoran itu...Dengan selamba kami terus blah tanpa "memberi tips" kepada mamak tersebut kerana terlampau kaya sangat lah katakan..

Sampai saja dikereta,mamak tersebut menjerit "Allo,you bisinuss byk juga tp air teh ais sama itu teh O ais siapa mau bayar la?"..Kemaluan mencapai tahap 7 lautan api bergelora,kami terpaksa "memberi tips" kepada mamak tersebut...hahaha

No comments:

Post a Comment